Well... pada bulan Disember lepas (2011), I dan 7 lagi rakan2 I pergi melancong... Ke mana?? Mesti la destinasi 'Favourite' I... Negeri di Bawah Bayu... Sabah... Yang tu, nanti I free I cerita... Hari ni I nak crita lepas balik dari Sabah. Seperti yang U all tahu.. I bekerja di kawasan pedalam Sarawak... tempat nya tak la jauh dari Miri, tapi makan masa juga la nak ke sana.. seperti yang dah I post dulu.. nak d jadikan kisah, I, dan AMO (Asst Medical Officer) dengan boyfriend I, tengah sibuk susun atur farmasi d klinik.. al maklum la, stok ubat baru sampai, jadi kena la susun dan kemas serta Tally kan dengan stok lama sebelum AMO I tu balik bercuti.
Dalam tengah sibuk tu, kami harap sangat tak ada pesakit dtg minta ubat... kalau setakat nak stok tu baik datang masa berkerja la... lagi pun kami oncall tak berbayar pun... rehat hujung minggu pun jarang sebab masyarakat nya yang ada sedikit tak understanding. Sibuk punya sibuk... datang 1 kereta ke depan klinik.. mula la I dengan AMO I merungut... dengan selamba nya, I tanya... "kenapa?" Jawab relative pesakit " ada orang sakit perut". JAdi, sambil I buka gate klinik, 1st tafsiran aku mesti nak bersalin ni... " Kenapa sakit perut? Mok beranak ka?"(dlm bhs swk)
"Ya, sudah berdarah." Bila relative dia jawab macam tu, I mula rasa tak sedap hati.. pegi jenguk dalam kereta, rupanya pesakit tu I yang register kandungan bulan 10 lepas. Cepat2 I arah kan relative tu bawa pesakit masuk klinik dan I buat la apa yang patut dengan bantuan AMO I. Yang paling penting masa tu, I kena call Hospital dan dapatkan HELIKOPTER untuk datang ke klinik dan bawa pesakit ke hospital ( sbb heli tak terbang lagi lepas pukul 3), dan masa tu jam dah menunjukkan 3:05pm... Hati tak keruan... At last... dapat juga heli datang... dan dalam masa yang sama AMO I nak balik cuti esok hari (18/12/11), I pula kena escort pesakit ke Miri. Nak tak nak, boyfriend I terpaksa tinggal sorang diri.. nasib baik ada budak kampung sana jadi kawan dia.. tak la dia boring. Pesakit I pula... susah nak cakap... memang keep on bleeding..tapi lebih baik dari sebelum sampai klinik,coz dia pengsan 3 kali dlm perjalanan ke kilink
![]() |
| Di udara.. sempat juga ambik gambar |
![]() |
| Antara pemandangan yang sempat diambil |
Heli tiba kat klinik jam 4.00pm, dan I dengan rasa gementar nak naik heli terpaksa tenang kan diri.. maklum la 1st time katakan... Masa kat heli, excited pun ada... sempat juga berdoa sebelum berlepas. Pesakit I pula, nampak ok, tapi masih bleeding. Kami tiba d hospital Miri jam 5.30pm. Ambulan dah tunggu kat heli pad dan bawa kami terus ke wad kecemasan. Kat situ, I rasa lega sebab pesakit I masih stabil, cuma dia kehilangan darah yang banyak. dan tekanan darah pun kira paras yg ok juga...
Bersyukur I kepada Tuhan.. semuanya selamat... dan I balik ke station (KK Long Miri) keesokan hari nya.


